THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, May 23, 2009

BANGUNAN-BANGUNAN LAMA DI TAIPING


JAM BESAR DI TAIPING

PENJARA TAIPING


PEJABAT DAERAH TAIPING


MUZEUM PERAK


KAWASAN PELANCONGAN DI TAIPING,PERAK

Pelancongan di Taiping terdapat beberapa kawasan yang agak menarik seperti Taman Tasik Taiping untuk semua kaum dan juga seisi keluarga datang untuk beriadah.Zoo Taiping juga salah satu tempat yang seringkali di kunjung oleh penduduk Taiping dn juga pengunjung dari daerah lain,Zoo Taiping yang paling unik adalah di buka pada waktu malam iaitu Safari Night.Bukit Larut adalah kawasan peranginan yang telah lama wujud di Taiping.Burmese Pool tempat berkelah dan melihat keindahan air terjun.
Di Taiping banyak keindahan yang boleh di dapati.Jadi jangan ketinggalan untuk datang dan menyaksikan keindahan-keindahan di sini.

Burmese Pool


Burmese Pool


Bukit Larut / Maxwell Hill


Di Puncak Bukit Larut - Gunung Hijau


Zoo Taiping


Taman Tasik Taiping - Kawasan Riadah


Taman Tasik Taiping - Kawasan Riadah


Taman Tasik Taiping


Tuesday, April 14, 2009

CARA-CARA MEMBUAT BAKUL KERTAS











































KEUSAHAWANAN DI AULONG




Keusahawanan yang dijalankan di Aulong adalah Bakul Kertas yang dihasilkan dari surat khabar.Bakul Kertas ini mempunyai berbagai-bagai bentuk seperti Bakul Bunga,Bakul Bunga Telur dan lain-lain.Pengusaha Bakul Kertas ini ialah Puan Hamsiah Binti Anang.Beliau berumur 58 tahun.Beliau adalah anak Jati kelahiran Perak.Beliau adalah salah seorang Ketua Wanita di Bahagian Semanggol,Perak.Beliau juga mengambil tempahan kuih-kuih tradisional.Bakul Kertas telah berada di beberapa buah negeri seperti Kuala Lumpur,Ipoh dan mendapat sambutan yang agak mengalakan.Bakul Kertas ini mempunyai berbagai-bagai saiz.

Wednesday, April 8, 2009

LATIHAN ICT PADA KOMUNITI DI PPIK AULONG

Latihan ICT juga diberikan pada Sekolah Kebangsaan Convent Aulong atas permintaan Guru-guru mereka.Kerana Sekolah ini tidak mempunyai bilik ICT.Jadi Guru mereka mahukan pelajar-pelajar mereka selaras dengan sekolah-sekolah lain.Mempunyai pendidikan ke arah celik ICT.Pelajar-pelajar yang di latih di PPIK Aulong seramai 40 orang.Secara berperingkat-peringkat.



RUANG DALAM PPIK AULONG.


PPIK AULONG ,mempunyai 7 biji komputer untuk melatih komuniti di Aulong.

Sunday, March 29, 2009

Sejarah Kg Aulong,Taiping

Kampung Aulong dibuka pada tahun 1946.Nama Kampung Aulong berasal dari bahasa cina ,Aulong yang bermaksud lorong belakang iaitu Kampung Pinggir Bandar.Kampung ini berasal daripada penempatan semula Kaum Cina dan Kaum Melayu dalam Rancangan Briggs , iaitu penempatan Kampung Baru.Kampung ini penduduk kampung ini lebih kurang 300-400
orang.Pada tahun 1948 penduduk-penduduk ini telah menerima hak penduduk kampung ini pada masa itu adalah kebanyakannya adalah bekerja sendiri ,menanam sayur,ternakan,swasta dan lain-lain.Kepimpinan di kampung Aulong bermula dengan Ketua Kampung En.Mohamad Akhir,Tuan Haji Badaruddin B. Haji Ibrahim dan En.Ahmed Yusuff B. Haji Yahya , PPN,PPT,KTS.